Ada perbezaan antara kulit yang memang sensitif dengan kulit yang menjadi sensitised selepas terganggu. Satu merujuk kepada kecenderungan kulit, manakala satu lagi merujuk kepada keadaan yang berlaku pada kulit ketika itu.
Perbezaan ini penting untuk difahami supaya awak tidak terus melabel jenis kulit dengan salah dan dapat mengenal pasti kenapa kulit tiba-tiba tidak lagi boleh tolerate rutin skincare yang sama.
Kulit yang memang sensitif dan kulit yang menjadi sensitised selepas terganggu bukan perkara yang sama.
- Kulit sensitif ialah kulit yang sememangnya mempunyai kecenderungan untuk mudah react.
- Kulit sensitised pula ialah keadaan apabila kulit menjadi lebih reaktif akibat gangguan daripada rutin skincare, persekitaran atau tabiat penjagaan kulit.
Maksudnya, kulit yang sebelum ini normal atau tahan dengan banyak produk pun boleh menjadi sensitised apabila tahap gangguan yang diterima melebihi kemampuan kulit untuk melindungi dirinya.
| Perbezaan | Kulit sensitif | Kulit sensitised |
|---|---|---|
| Apa maksudnya? | Kulit memang mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mudah react. | Kulit menjadi mudah react selepas menerima terlalu banyak gangguan jika tiada gangguan ia tidak react. |
| Berlaku sejak bila? | Biasanya merupakan keadaan kulit yang berpanjangan. | Boleh berlaku secara tiba-tiba walaupun kulit sebelum ini okay. |
| Boleh berlaku pada siapa? | Individu yang memang dilahirkan mempunyai kulit sensitif. | Semua jenis kulit, termasuk kulit yang sebelum ini tahan dengan active ingredient. |
Ringkasnya, kulit sensitif ialah kecenderungan semulajadi kulit, manakala kulit sensitised ialah keadaan kulit pada waktu tersebut.
Apa yang berlaku apabila kulit menjadi sensitised?
Bila kulit jadi sensitised, skin barrier akan mula terganggu dengan buatkan ia tidak dapat menjalankan fungsi utamanya dengan baik.
| Keadaan skin barrier | Apa yang berlaku? | Apa yang kulit rasa? |
|---|---|---|
| Skin barrier stabil | Air dapat disimpan di dalam kulit dan bahan yang boleh mengganggu kulit sukar tembusi ke dalam kulit. | Kulit lebih selesa dan tidak mudah react. |
| Skin barrier terganggu | Air lebih mudah keluar, manakala bahan irritant lebih mudah masuk ke dalam kulit. | Kulit mula pedih, merah, gatal, kering atau terasa tegang. |
Jadi, masalahnya bukan semata-mata kerana kulit sudah lemah dan tak kuat tetapi kulit sudah menjadi lebih reaktif apabila sistem perlindungannya tidak lagi berfungsi dengan baik.
Bagaimana nak tahu kulit mungkin sedang sensitised?
| Tanda pada kulit | Contoh yang awak mungkin perasan |
|---|---|
| Pedih atau panas | Basic skincare yang biasanya selesa mula terasa menyucuk. |
| Kemerahan | Kulit lebih cepat merah selepas mencuci muka atau memakai produk. |
| Kering dan tegang | Kulit terasa tertarik walaupun sudah memakai moisturizer. |
| Mengelupas | Permukaan kulit menjadi kasar atau mempunyai kulit-kulit halus. |
| Mudah react | Semakin banyak produk terasa tidak sesuai dalam masa yang sama. |
Salah satu tanda sahaja di atas ni belum cukup untuk menentukan kulit sedang sensitised tetapi jika sudah beberapa tanda ini muncul serentak selepas penggunaan active ingredient, exfoliation atau rutin yang terlalu kuat, rutin tersebut perlu diperbaiki semula.
Inilah cara untuk pastikan kulit breakout awak pulih semula iaitu dengan kenal pasti tanda-tanda sensitised atau sensitif dan adjust. Belajar sesuatu??






