About Us

Kisah di Sebalik Pendidikan Kulit.

Pendidikan Kulit bermula daripada pengalaman saya sendiri Cirasso, sebagai pengguna skincare yang bertahun-tahun mencari penyelesaian untuk masalah kulit berminyak, berjerawat dan hormonal.

Lebih 10 tahun dari saya remaja lagi, saya mencuba pelbagai produk daripada yang murah hingga mahal. Namun, kebanyakannya tidak memberikan hasil seperti yang dijanjikan. Daripada situ, saya sedar bahawa masalah sebenar bukan sekadar salah memilih produk tetapi kerana kita sebagai pengguna tidak mempunyai ilmu yang mencukupi untuk memahami tindak balas realistik produk skincare terhadap kulit sendiri.

Saya mula membaca, membuat research dan menterjemah artikel berkaitan sains kulit daripada sumber yang dipercayai seperti AAD, PubMed dan DermNet. Saya juga menemukan perkongsian daripada seorang penulis Korea yang pernah menulis buku mengenai skincare dan melalui situasi yang hampir sama seperti saya.

Setiap ilmu yang saya fahami, saya simpan dan kongsikan semula dalam bentuk nota ringkas di Instagram Story milik saya. Lama-kelamaan, nota tersebut berkembang menjadi sebuah platform yang saya namakan ia ‘Pendidikan Kulit’, kerana saya sedar yang ilmu skincare ini adalah sebuah pendidikan yang tidak pernah diajar secara agresif oleh sesiapa pada masa itu — jadi bagi saya ia menjadi sebuah ruang untuk membantu pengguna lain juga memahami kulit, membuat keputusan skincare dengan lebih bijak dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada janji penjual produk.

Saya bukan doktor, dermatologis, esthetician atau cosmetic chemist. Saya hanyalah seorang pengguna yang percaya bahawa setiap orang berhak mendapat maklumat yang jujur, telus, mudah difahami dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan menjual produk.

Daripada situlah saya membina platform Pendidikan Kulit ini bagi membantu lebih ramai pengguna terutama pejuang jerawat di luar sana memahami dan menyelesaikan masalah jerawat dan breakout mereka yang dialami selama bertahun-tahun dan akhirnya memberi peluang kepada mereka juga untuk merasai clear skin


"Sejak follow cikiraa banyak benda sy belajar skincare semua.. setiap kali beli skin care dah tak membazir dan tertipu lagi.. terima kasih share pendidikkan kulit dgn kami.."
liyanaamira11
Followers
"You banyak bantu orang dear, termasuk I, Belajar ilmu #pendidikankulit tu lah rupanya2 solution dia.."
marlgilyn
Followers
"Betul. Setelah 2tahun setengah muka breakout. Slowly but surely, alhamdulillah muka dah tak naik jerawat langsung dah. Dari @cirasso la saya bermula study. Try n error product. Terima kasih cikcira. Teruskan sharing <3.."
lailayukiko
Followers
"Kita nak cuba sesuatu product pun kita kaji ingrediants dulu sebab cikcira dah share ilmu pendidikan kulit alhamdulillah skrg skin makin sihat bersih tak kusam dah dah tau dah nak skin sihat nak buat apa, tenkiu selalu share ilmu pasai kulit kita.."
idra.ayu
Followers